Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Latest News

Perhimpunan dan perarakan sempena Maulud Nabi Muhammad S.A.W bagi Tahun 1447 Hijrah bersamaan 2025 Masihi

Oleh: Kementerian Pembangunan | Foto: Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya​

BANDAR SERI BEGAWAN, 06 September – Warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini menyertai Perhimpunan dan Perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam Peringkat Negara bagi Tahun 1447 Hijrah.

Pasukan Kementerian Pembangunan diketuai oleh Timbalan Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional), Awang Haji Shaharuddin Khairul bin Haji Anuar.

Turut menyertai perhimpunan dan perarakan tersebut ialah ketua-ketua jabatan, divisyen dan unit di Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya.​

WhatsApp Image 2025-09-06 at 10.03.18 AM (2).jpeg

WARGA Kementerian Pembangunan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya  yang menyertai perhimpunan dan perarakan Majlis Sambutan Maulud Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wasallam Peringkat Negara bagi Tahun 1447 Hijrah.

Tema sambutan pada tahun ini ialah 'Rasulullah Shallahu 'Alaihi Wasallam Adalah Teladan Keluarga Sakinah, Mawaddah Warahmah'.

​​

Attachments